Salah Tingkah
Lyrics
Imaginasi tak semua jadi indah
Minoriti guna logik tiada jiwa
Anotasi, tak guna lagak fasih
Bukan animasi yang kotor jadi sahih
Mereka insan lemah kenapa perlu ego
Bukan suruh sembah yang kuatlah jadi hero
Semua yang terjadi, bukan mereka mahu
Nasi jadi bubur hidangkan santapan baru
Si nafsu hantu usik maruah si ratu lalu jamu
Iman tak dicatu jadi layu terus sapu
Sayu, hilang malu mereka haru biru
Lantas hidup jadi hanyut satu satu jadi abu
Lindung, hargai, itu yang di tugaskan
Tapi golongon ini pula yang musnahkan
Bukankah dua golongon jadi pasangan
Pelihara bukan untuk jadi bahan rangsangan
Yaa
Salah tak dipersalahkan
Yang benar yang dipinggirkan
Dimanakah keadilan
Manusia...
Dengan kepalsuan
Kalau nak dihitung, kadang rasa bingung
Ada segelintir berpihak pada durjana
Makin tinggi hidung, akal dah terpesong
Jinak senang jaga tapi knapa pilih buaya?
Okay, cuba lihat salah satu nak dihurai
Cuma menonjol dari segi perhiasan
Si pelaku geledah maruah yang bernilai
Jadi mana pergi sifat kemanusiaan
Mungkin terperangkap dua suara ke telinga
Pendengaran lebih terima pada satu auta
Lalai tanpa sedar menepis fakta dan fatwa
Faktor lupa syaitan durjana bermaharaja lela
Pelihara, beri ruang mereka mara
Masih muda hilang nama anak dara
Langit tenang, jangan sangka tiada hujan
Manusia durjana, tunggu balasan Tuhan
Writer(s): Mad Doby
Copyright(s): Lyrics © DistroKid
Lyrics Licensed & Provided by LyricFind
The Meaning of Salah Tingkah
Be the first!
Post your thoughts on the meaning of "Salah Tingkah".