Bendera Damai
Lyrics
Dari stesen ke stesen naluri bertanya
Masih jauh lagikah destinasi di mimpi
Mengapakah terjadi sehingga tiada lagi
Yang sanggup hulurkan sekadar informasi
Dari hati ke hati kita terus meragu
Kemungkinan jawapan tersirat dalam diri
Yang kerap ditabalkan oleh para pujangga
Satu dalam sejuta buih dalam lautan
Manusia serumpun dari asal yang satu
Yang surut mengapa akhir ke akhir zaman
Istilah lawan perang masih wujud dan gagah
Apakah ini takdir atau rekaan kita
Kami anak zaman ini kini menyahut tugas
Untuk mengibarkan bendera damai
Moga anak kami tak lagi bermimpi
Writer(s): Rosli Khamis
Copyright(s): Lyrics © Luncai Emas Sdn Bhd, Warner Chappell Music, Inc.
Lyrics Licensed & Provided by LyricFind
The Meaning of Bendera Damai
Be the first!
Post your thoughts on the meaning of "Bendera Damai".