Qhasidah Kampungan
Lyrics
Buka langkah tari pencak bunga asli
Iramanya gemalai ini
Tarilah lenggang bak patah sembilan
Kisik-kisik angin apa khabar
Sekampung kita nyanyi ramai-ramai berqhasidah cara kita
Bersyukur kita hidup susah senang
Hamba taulan orang kita
Biar rendah diri bak resminya padi
Tunduk walau berisi
Yakinlah kita pesan orang tua
Asam garam yang berharga
Berinduk induk ayam dalam kepok
Kekenyangan iyo iyo iyo
Bertampok tampok pinang sirih
Dagang pulang asal iyo iyo iyo
Kemarak hamba dek sayang
Sayang buah kepayang telan mabuk buang sayang
Dah jenoh hamba berjalan tuan berhati walang
Jangan takut digelanggang
Nandong lenggang tari lenggang
Nandong qasidah kampungan
Kemarak hamba dek sayang
Sayang buah kepayang telan mabuk buang sayang
Dah jenoh hamba berjalan tuan berhati walang
Jangan takut digelanggang
Nandong lenggang tari lenggang
Nandong qasidah kampungan
Jauh ku berjalan mencari penawar jiwa
Harap harapkan bersua
Jiwa yang terluka kekasih yang dah ternoda
Takut hamba takut padanya
Selagi ada bulan ada bintang hamba jalan iyo iyo
Selagi ada hayat kandung bandan hamba telan iyo iyo
Selagi ada bulan ada bintang hamba jalan iyo iyo
Selagi ada hayat kandung bandan hamba telan iyo iyo
Writer(s): MOHD KIRIN OMAR, RAMLI SARIP, RAMLI BIN (DO NOT USE) SARIP
Copyright(s): Lyrics © Warner Chappell Music, Inc.
Lyrics Licensed & Provided by LyricFind
The Meaning of Qhasidah Kampungan
Be the first!
Post your thoughts on the meaning of "Qhasidah Kampungan".