Selamat Pagi
Lyrics
Selamat pagi sayang
Hari kian siang dan mendatang (selamat pagi selamat pagi)
Ku tak ingin keseorangan (sayang)
Selamat pagi sayang
Minta disedekahkan sedikit senyuman
Selamat pagi sayang
Mungkin kau tak tahu yang aku kempunan
Mungkin tak tahu hidup aku kemiskinan
Kurang kecantikan kurang keindahan
Senyum mu sulaman terangkan yang suram
Tawa mu tewaskan rasional ku tak keruan
Jangan pergi sayang
Kata kamu kita belum bersarapan
Jangan pergi sayang
Kata mama sudah siapkan santapan
Makan bersama kau minta disuapkan
Sedikit bubur sayuran yang telah diuwapkan
Kongsi sepinggan kau di riba masih ringan
Cebit bibir dan berkata bila kamu ditinggalkan
Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia (menghadap dunia)
Bela daku dengan mesra oh
Kerna itu saja yang daku pinta
Selamat pagi sayang
Aku dikejutkan kau beri senyuman
Buka mata sayang
Terus diingatkan yang ingin ku lupakan
Ya hari ini hari perkahwinan
Aku mewalikan kamu didalam pernikahan
Atur caranya beres rapi persiapan
Aku mengalukan menantu dipersilakan
Jangan pergi sayang
Bisik hati aku yang mati mati tak mahu
Jangan pergi sayang
Sepatutnya lelaki dalam hidupmu hanya aku
Sepatutnya kamu fikirkan aku selalu
Tapi hati kamu mahu apa hati kamu mahu
Apa aku mahu aku ketepikan
Dengan janji kamu aku takkan kesepian
Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Bela daku dengan mesra oh
Kerna itu saja yang daku pinta oh
Biar selamanya oh
Hanya kau dan aku bergerak perlahan
Menghenti masa
Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia (menghadap dunia)
Bela daku dengan mesra oh
Kerna itu saja yang daku pinta
Biar selamanya (biar selamanya)
Selamat pagi (selamat pagi)
Writer(s): GID D STUCKEY
Copyright(s): Lyrics © Songtrust Ave, Warner Chappell Music, Inc.
Lyrics Licensed & Provided by LyricFind
The Meaning of Selamat Pagi
Be the first!
Post your thoughts on the meaning of "Selamat Pagi".